Wednesday, December 10, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA




Saya Mohd Satar bin Shahar Penyelia PPIK Sungai Plong Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada Semua Warga PPIK seluruh Malaysia, sahabat handai, saudara mara serta sesiapa jua yang mengenali diri ini….. Semuga di Hari Raya Aidiladha ini memberi sesuatu kesedaran kepada kita yang bermakna akan erti pengorbanan yang sepatutnya kita curahkan kepada masyarakat setempat.

AKTIVITI KAMPUNG SUNGAI PLONG SEMPENA MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA



Penduduk Kampung Sungai Plong menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dengan secara yang sederhana dengan mengadakan aktiviti majlis korban yangmana pada tahun ini ada enam ekor lembu dikorbankan untuk disedekahkan kepada fakir miskin dan ibu-ibu tunggal. Aktiviti korban ini dibuat secara gotong-royong oleh penduduk setempat Kampung Sungai Plong bermula pada selepas Sembahyang Hari Raya Aidiladha dan selesainya majlis korban ini sebelum solat zohor.





































Saturday, November 15, 2008

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Pada Tanggal 26 Okt 2008, hari ahad jam 0200 petang. Satu Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh JKKK Kampung Sungai Plong bertempat di Masjid Jamek Sungai Plong, dengan kata pembuka bicara majlis tersebut dari Ketua Kampung Sungai Plong Encik Mohd Yusof bin Haji Ismail dan dirasmikan majlis oleh Adun Paya Jaras Tuan Haji Mohamed Ibrahim bin Ali. Tetamu yang turut hadir ialah Penghulu Mukim Sungai Buloh Encik Sarip bin Mohamad Zaid, Ahli Majlis MBSA Ustazah Mariam bte Abd Rashid serta Ketua-Ketua Kampung seperti Ketua Kampung Paya Jaras Dalam Mohd Jafri bin Surin, Ketua Kampung Paya Jaras Tengah Encik Zakri bin Mohd Yusof, Ketua Kampung Paya Jaras Hulu Tuan Haji Omar bin Baie, Ketua Kampung Paya Jaras Hilir Encik Mohd Samali bin Marimin, Ketua Kampung Kubu Gajah Tuan Haji Ednan bin Othman, Ketua Kampung Merbau Sempak Encik Jamaluddin bin Haji Hassan, Ketua Kampung Masjid Pekan Sungai Buloh Encik Zulkifli bin Abd Karim, Ketua Kampung Melayu Sungai Buloh Encik Zulkifli bin Abu Hassan, Ketua Kampung Matang Pagar Tuan Haji Mohamad bin Haji Mahidin dan Ketua Kampung Sri Indah "B" Encik Abd Nasir bin Abas serta memeriahkan lagi para jemputan dari pendudukpenduduk Kampung Sungai Plong.

video

Friday, November 14, 2008

KURSUS PENYELIA PPIK USP 5



Foto-foto ini diambil semasa kami sedang menghadiri Kursus Program Latihan USP 5 yang dianjurkan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi pada 07 April sehingga sehingga 16 April 2008 bertempat di Hotel Pear International, Kuala Lumpur.
Kumpulan kami ini dikenali sebagai Kumpulan Virus......


Disaat ini kami sedang menyemak kertas kerja dengan dibantu oleh mentor kami Cik Dayangku sebelum kami membentangkan kertas kerja......

Kami Kumpulan Virus sedang membentangkan kertas kerja bertajuk
"Negeri Melaka Bersejarah".

Peserta-peserta program ini terdiri dari Penyelia PPIK, Pembantu PD dan Komuniti seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak......