Wednesday, December 10, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA




Saya Mohd Satar bin Shahar Penyelia PPIK Sungai Plong Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada Semua Warga PPIK seluruh Malaysia, sahabat handai, saudara mara serta sesiapa jua yang mengenali diri ini….. Semuga di Hari Raya Aidiladha ini memberi sesuatu kesedaran kepada kita yang bermakna akan erti pengorbanan yang sepatutnya kita curahkan kepada masyarakat setempat.

AKTIVITI KAMPUNG SUNGAI PLONG SEMPENA MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA



Penduduk Kampung Sungai Plong menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dengan secara yang sederhana dengan mengadakan aktiviti majlis korban yangmana pada tahun ini ada enam ekor lembu dikorbankan untuk disedekahkan kepada fakir miskin dan ibu-ibu tunggal. Aktiviti korban ini dibuat secara gotong-royong oleh penduduk setempat Kampung Sungai Plong bermula pada selepas Sembahyang Hari Raya Aidiladha dan selesainya majlis korban ini sebelum solat zohor.